Jumaat, 19 Februari 2016

Pesta Sabah (Sabah Fest 2016) Bermula Dari 29 April Hingga 1 Mei 2016



KOTA KINABALU, 19 Feb (Bernama) — Pesta Sabah akan diadakan di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKNN) Sabah di sini dari 29 April hingga 1 Mei.


Bertemakan ‘Gulu Gulu’ atau bermakna 'satu masa dahulu' merupakan perayaan menerusi teater muzikal dan pameran yang dimulakan dengan Pesta Menuai.
Pertunjukan selama tiga hari itu antara lain mengetengahkan perjuangan pahlawan Mat Salleh semasa zaman kolonial, kata kenyataan Sri Pelancongan Sabah Sdn Bhd hari ini.
Tiket untuk pertunjukkan pentas dijual dengan harga RM50.
Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi Pengurus Acara Sri Pelancongan Sdn Bhd, Zachary Mobijohn di talian 088-232121 atau e-mel info@sabahtourism.com atau www.sabahfest.com.
— BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan